Sirri na Pesse: Menelusuri Identiti Masyarakat Bugis di Singapura

14 Oct 2017 - 24 Jun 2018
10.00pg - 6.30ptg
Percuma

'Sirri na Pesse', yang diterjemahkan sebagai 'Kehormatan dan Harga Diri', mempersembahkan sejarah masyarakat Melayu-Bugis di Singapura, di mana ramai antara mereka boleh menyusur-galur asal-usul mereka melalui perkembangan sejarah dalam dunia Nusantara pada abad ke-18 hingga ke-20.

Sama ada daripada keturunan diraja, pelaut ataupun pedagang, masyrarakat Melayu-Bugis di Singapura masih terus mengekalkan warisan budaya mereka yang nyata, dan pada masa yang sama mewujudkan identiti Bugis mereka yang tersendiri mengikut pengalaman mereka di sini.

Diubah Suai Terakhir: 1 October 2017