Sukarelawan Muzium

Sukarelawan Muzium ialah sebuah kumpulan tidak rasmi yang terdiri daripada jurupandu sukarelawan terlatih yang memberikan lawatan berpemandu percuma di muzium dan institusi warisan di bawah naungan Lembaga Warisan Negara. Kini, terdapat kira-kira 280 anggota MV daripada pelbagai kewarganegaraan, bangsa, usia dan kerjaya. Oleh kerana kesemua anggota MV bekerja sepenuh masa, kami hanya menjalankan lawatan berpemandu pada hujung minggu dan sekali sekala pada waktu malam hari-hari biasa. Para MV juga mengadakan latihan jurupandu sukarelawan dan menyokong program-program NHB.

Para MV menjalankan lawatan berpemandu di Muzium Tamadun Asia, Muzium Peranakan, Muzium Negara Singapura, dan Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen. Ada juga MV yang memberi lawatan berpemandu di Taman Warisan Melayu, Biennale Singapura, Jejak Warisan serta lawatan-lawatan yang dianjurkan oleh Lembaga Pemeliharaan Tugu. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang para Sukarelawan Museum kami, sila kunjungi lelaman web kami di sini.


Last Modified: 06 Dec 2016