Friends of Museum

Pada tahun 2013, TWM berganding bahu dengan badan Friends of the Museums (FOM) Singapura, iaitu sebuah persatuan yang bertapak di Singapura untuk menyemarakkan seni, sejarah dan kebudayaan Asia. FOM ditubuhkan pada tahun 1978 dan dianggotai hampir 2000 ahli yang terdiri daripada 56 kewarganegaraan. Kami melatih para jurupandu untuk memberi lawatan berpandu di muzium-muzim Singapura di bawah naungan Lembaga Warisan Negara. Jurupandu sukarelawan FOM sering menjalankan lawatan berpandu di Muzium Tamadun Asia, Muzium Peranakan, Muzium Negara Singapura, Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen, Taman Warisan Melayu dan Institut Pencetakan Tyler Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi lelaman web kami di www.fom.sg.


Last Modified: 06 Dec 2016