Lawatan Berpemandu Korporat

Kunjungan Pendahuluan

Wakil-wakil korporat digalakkan untuk membuat kunjungan pendahuluan ke TWM. Kunjungan tersebut akan memudahcarakan perancangan hal logistic anda dan memberi pengenalan kepada kemudahan-kemudahan dan kawasan sekitar.

Tempahan Korporat

Rombongan-rombongan korporat yang ingin berkunjung ke TWM dikehendaki memberitahu kami akan kunjungan anda sekurang-kurangnya 4 minggu lebih awal. Ini akan membantu kami menguruskan jumlah pengunjung ke galeri-galeri pameran tetap dan kemudahan-kemudahan kami bagi memastikan keselesaan semasa kunjungan anda. Sila isikan dan faks borang tempahan ini kepada kami.

Lawatan Berpemandu

Untuk memastikan kunjungan anda lebih bermakna, kami telah menyediakan lawatan berpemandu percuma oleh para jurupandu sukarela yang terlatih. Setiap lawatan berpemandu akan mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit dan ditetapkan pada waktu-waktu berikut:

  • Setiap Selasa hingga Jumaat; 11:00pagi
  • Setiap Khamis hingga Ahad; 12.00 tengah hari dan 3.00 tengah hari

Jika anda akan berkunjung di luar masa-masa tertera dan memerlukan lawatan berpemandu, sila hantarkan emel kepada NHB_MHC@nhb.gov.sg. Bayaran lawatan mungkin dikenakan.

*Tertakluk kepada ketersediaan. Sila hubungi kami untuk mengesahkan sama adanya jurupandu tersedia.

Hubungi Kami

Untuk membuat tempahan atau mengaju pertanyaan, sila hubungi:
Pusat Khidmat Pengunjung TWM
Emel: NHB_MHC@nhb.gov.sg
Talian: +65 6391 0450
Fax: +65 6299 4316

Diubah Suai Terakhir: 31 August 2017