Waktu Operasi dan Bayaran Masuk

Waktu Operasi

Muzium Taman Warisan Melayu
Hari Waktu
Selasa hingga Ahad 10:00 pg sampai 6:00 ptg (Kemasukan terakhir pada pukul 5.30 ptg)
Isnin Tutup
Halaman Taman Warisan Melayu
Hari Waktu
Selasa hingga Ahad 8:00 pg sampai 9:00 mlm

Bayaran Masuk

Bermula dari Januari 2017, muzium-muzium NHB dan institusi-institusi warisan* tidak akan mengadakan lagi acara Rumah Terbuka (yang memberikan kemasukan percuma untuk semua pengunjung). Muzium-muzium dan institusi-institusi warisan kami akan mengadakan kemasukan percuma untuk kesemua pengunjung pada hari-hari tertentu bersempena pameran-pameran, acara-acara atau sambutan perayaan-perayaan sahaja. 

*Muzium Negara Singapura, Muzium Tamadun Asia, Muzium Peranakan, Muzium Filatelik Singapura, Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen, Taman Warisan Melayu, Pusat Warisan India, Renungan di Bukit Chandu

Warganegara & Penduduk Tetap

Tiada bayaran dikenakan buat lawatan ke bangunan muzium**.

Bayaran masuk akan dikenakan bagi acara-acara tertentu.

Pelancong & Warga Asing
Dewasa (20% diskaun bagi kumpulan seramai 20 orang ke atas) $6.00
Pakej Keluarga (buat maksimum 5 anggota sahaja) $18.00
Warga emas* (berusia 60 tahun ke atas)
Pelajar* (Masuk percuma untuk anak-anak di bawah usia 6 tahun)
Warga Kurang Upaya (PWD)
$4.00
Penjaga Utama Warga Kurang Upaya Masuk Percuma

**Sila tunjukkan kad identiti untuk pengesahan

Kemasukan percuma sepanjang tahun dikhususkan bagi para warganegara dan Penduduk Tetap (PR) untuk melawat galeri-galeri tetap yang mempamerkan koleksi negara serta pameran-pameran khas tertentu untuk menggalakkan lebih ramai kunjungan ke Muzium-Muzium Kebangsaan dan Institusi-institusi Warisan kami.

Menerusi kemasukan percuma, NHB berharap dapat membuka pintu kepada para warganegara dan Penduduk Tetap untuk menikmati khazanah Muzium-Muzium Negara dan Institusi-Institusi Warisan. Buat pameran-pameran khas di mana bayaran masuk dikenakan, NHB akan terus menawarkan kemasukan percuma kepada para warganegara dan Penduduk Tetap yang termasuk para pelajar, guru-guru, warga emas dan anggota-anggota NSF serta anak-anak berusia 6 tahun ke bawah.

*Pas yang sah harus ditunjukkan jika diminta.

Bagaimana Hendak Ke Sana

Kemudahan Letak Kereta

Jika memandu, anda boleh meletakkan kereta anda di tempat-tempat letak kereta umum sepanjang Aliwal Street, Kandahar Street dan Pahang Street atau di medan kereta bertingkat di Textile Centre dan Sultan Plaza. Tertakluk pada kadar bayaran.

Pengangkutan Awam

Menaiki MRT:

Turun di stesen Bugis (EW12). Dari stesen Bugis, anda perlu berjalan dalam lingkungan 10 minit ke TWM.

Menaiki Bas:

Dari North Bridge Road: Perkhidmatan bus no. 7, 32, 51, 63, 80, 145 & 197.
Dari Victoria Street: Perkhidmatan bus no. 2, 7, 12, 32, 33, 51, 63, 80, 130, 133, 145, & 197.
Dari Beach Road: Perkhidmatan bus no 10, 14, 16, 70, 100, 107, 196 & 401.

Kemudahan-kemudahan

Kemudahan-kemudahan Taman Warisan Melayu khusus disediakan untuk kegiatan-kegiatan TWM. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hantarkan emel kepada NHB_MHC@nhb.gov.sg.

Tahap Bising

Untuk menghayati pameran-pameran dengan sepenuhnya, dan untuk keselesaan semua pengunjung, sila alihkan telefon bimbit anda kepada mod senyap dan elakkan daripada berbual atau ketawa dengan kuat. Dilarang berlari di galeri-galeri.

Diubah Suai Terakhir: 4 October 2017