RSVP Singapura

Organisation of Senior Volunteers (RSVP) ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Encik Goh Chok Tong pada Oktober 1998.

Ia dianggotai lebih daripada 1000 ahli, sebuah persatuan berdaftar di bawah Akta Persatuan dan beriktiraf Institution of Public Character (IPC). Ia dianugerahkan Pingat NCSS VWO Cemerlang 2010 dalam bidang Inovasi.

Misinya berhala dua: pertama, memberi peluang kepada warga emas untuk berbakti kepada masyarakat berdasarkan bakat dan pengalaman mereka, dan kedua, untuk membuat kehidupan mereka lebih bermakna melalui kerja-kerja sukarela yang berpacu tujuan. Rancangan-rancangan utama RSVP ialah Pementoran, Panduan Siber, Khidmat Orang Kurang Upaya Mental, Penuaan Aktif Warga Emas, Darmawisata/Pemandu Lawatan Warga Emas, Penyelenggaraan IT Perak, Khidmat Pelayanan Tamu dan RSVP Ageing-in-Place.

Untuk maklumat lanjut tentang RSVP, sila kunjungi lelaman web kami di www.rsvp.org.sg.

Diubah Suai Terakhir: 31 August 2017