Siri Ceramah Umum

Taman Warisan Melayu pertama kali mengkonsepsikan dan memperkenalkan Siri Ceramah Umum pada tahun 2014 sebagai ceramah bulanan yang memberikan tumpuan kepada topik-topik terpenting yang berkaitan dengan galeri-galeri tetap di TWM yang bari dibina semula. Siri ceramah ini telah dibentuk sebagai aspek penting dalam program latihan sukarelawan berpemandu kami dan juga merupakan salah satu usaha pendekatan masyarakat untuk menarik minat terhadap tema-tema yang terdapat di galeri-galeri. Semenjak itu, Siri Ceramah Umum telah dilangsungkan secara tahunan.


Last Modified: 07 Dec 2016