Lawatan Sekolah

Kemasukan ke galeri-galeri pameran tetap Taman Warisan Melayu percuma buat para pelajar dan guru.

Lawatan Pendahuluan

Guru-guru atau pegawai pentadbir sekolah digalakkan untuk membuat lawatan pendahuluan ke TWM. Ia akan memudahacarakan perancangan logistik dan memberi pengenalan kepada kemudahan-kemudahan dan kawasan sekitar. Sila hubungi kami di NHB_MHC@nhb.gov.sg untuk keterangan lebih lanjut.

Tempahan Sekolah

Rombongan-rombongan sekolah yang ingin berkunjung ke TWM dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 4 minggu lebih awal. Ini akan membantu kami menguruskan jumlah pengunjung ke galeri-galeri pameran tetap dan kemudahan-kemudahan kami bagi memastikan keselesaan semasa kunjungan anda. Sila isikan dan faks borang tempahan ini kepada kami.

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Lawatan Berpemandu

Untuk memastikan kunjungan anda lebih bermakna, kami telah menyediakan lawatan berpemandu percuma oleh para jurupandu sukarela yang terlatih. Setiap lawatan berpemandu akan mengambil masa sekitar 1 jam 15 minit dan ditetapkan pada waktu-waktu berikut:

  • Setiap Selasa hingga Jumaat; 11:00pagi

Jika anda akan berkunjung di luar masa-masa tertera dan memerlukan lawatan berpemandu, sila hantarkan emel kepada NHB_MHC@nhb.gov.sg. Yuran lawatan mungkin dikenakan.

*Tertakluk kepada ketersediaan. Sila hubungi kami untuk mengesahkan sama adanya jurupandu tersedia.

Hubungi Kami

Untuk membuat tempahan sekolah atau mengaju
pertanyaan, sila hubungi:
Pusat Khidmat Pengunjung TWM
Emel: NHB_MHC@nhb.gov.sg
Talian: +65 6391 0450
Fax: +65 6299 4316


Last Modified: 13 Jan 2017