Galeri-Galeri Pameran Tetap

Terdapat sejumlah enam buah galeri buat pameran tetap yang terletak di kedua-dua aras Taman Warisan Melayu.

Galeri-galeri tersebut memaparkan kisah-kisah dan artifak-artifak daripada koleksi negara Singapura serta sumbangan daripada masyarakat Melayu.

Paparan artifak-artifak ini mendukung tumpuan TWM pada kepentingan sejarah Kampong Gelam sebagai sebuah bandar pelabuhan yang maju pada abad-abad ke-19 and ke-20, dan menunjukkan bahawa sifat keadaan masyarakat Melayu Singapura bertambah bandar dan kosmopolitan.

Istana Kampong Gelam yang pertama merupakan sebuah rumah panggung tradisional, dan untuk menghormati tata ruang asal istana ini, para pengunjung akan memulakan lawatan galeri-galeri pameran tetap dari aras atas ke aras bawah.

Mengikut tata ruang yang tradisional, aras di atas yang digelar ‘panggung' mengandungi ruang-ruang utama dan tidur, manakala ‘kolong’ yang terletak di aras bawah lazimnya digunakan sebagai ruang simpanan barang, ruang-ruang kerja dan juga sebagai tempat permainan kanak-kanak.


Last Modified: 06 Dec 2016