Mereka Utusan: Imprinting Malay Modernity 1920s – 1960s
  • Galeri 1 & 2
  • 16 Oct 2016 - 25 Jun 2017
  • 10.00pg - 6.00ptg
  • Percuma

Mereka Utusan: Merakamkan Kemodenan Melayu
Tahun 1920-an – 1960-an

16 Oktober 2016 – 25 Jun 2017
Galeri 1 dan 2
Taman Warisan Melayu

Mereka

/mәrekә/

Kata kerja

1. Menciptakan sesuatu

Utusan

/utusɑːn’/

Kata nama

1. Bahan berita

2. Pihak yang menyampaikan berita

 

Mereka Utusan memberikan gambaran yang mendalam tentang pembangunan kemodenan dan identiti Melayu melalui bahasa iklan dan kartun editorial yang dihasilkan sepanjang tahun-tahun 1920-an – 1960-an. Melalui ciri-ciri ini, kemodenan dan identiti Melayu dibayangkan dan dibincangkan secara serentak semasa zaman penjajahan Malaya dan Singapura ketika perkembangan sejarah penting dalam abad ke-20.

Pertubuhan syarikat-syarikat penerbitan Melayu di merata Negeri-Negeri Selat begitu meningkat pada zaman 1920-an. Walaupun sejarah pencetakan Melayu ketika itu amat berkait rapat dengan penghasilan kitab-kitab agama, industri penerbitan juga memainkan peranan penting dalam bidang politik, perdagangan dan hiburan di Negeri-Negeri Selat dan semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-20. Perkembangan ini lebih terserlah di bidang politik di mana penerbitan akhbar dan majalah ketika itu banyak didorong oleh pelbagai gerakan nasionalis pada zaman 1920-an. Liputan dan ulasan yang meluas mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku banyak mencergaskan masyarakat Melayu ketika itu. Lantas, akhbar dan majalah telah mereka sebuah ruang untuk liputan dan pembangunan bahan-bahan berita seperti ini. Dengan sedemikian, mereka berusaha untuk memupuk suatu generasi pembaca, penulis dan pengguna yang moden.

 


Last Modified: 07 Nov 2016