Tentang Taman Warisan Melayu10 July 2017

Pengenalan

Dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jun 2005, Taman Warisan Melayu (TWM) menyampaikan dedahan budaya yang menarik serta peluang menimba ilmu kepada para pengunjung tidak kira usia dan minat. Terletak di perkarangan Istana Kampong Gelam dan dikelilingi Gedung Kuning dan Kampong Gelam, pusat TWM berperanan sebagai institusi warisan yang amat penting bagi masyarakat Melayu di Singapura. Melalui pameran-pameran, acara-acara dan kegiatannya, pusat TWM berharap untuk memelihara sejarah sambil memberikan ruang untuk ekspresi masa kini. Taman Warisan Melayu kini ditadbirkan oleh Lembaga Warisan Negara dengan kerjasama Yayasan Warisan Melayu.

MHC Facade

1 September 2012, pembukaan semula Taman Warisan Melayu (TWM) - ucapan daripada Pengerusi Yayasan Warisan Melayu, Puan Zuraidah Abdullah. Sila klik di sini untuk melihat ucapannya.

PUntuk pertanyaan umum, sila hubungi kami di:

Emel: NHB_MHC@nhb.gov.sg
Telefon: +65 6391 0450

Diubah Suai Terakhir: 25 October 2017