Pengenalan

Dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jun 2005, Taman Warisan Melayu (TWM) menyampaikan dedahan budaya yang menarik serta peluang menimba ilmu kepada para pengunjung tidak kira usia dan minat. Terletak di perkarangan Istana Kampong Gelam dan dikelilingi Gedung Kuning dan Kampong Gelam, pusat TWM berperanan sebagai institusi warisan yang amat penting bagi masyarakat Melayu di Singapura. Melalui pameran-pameran, acara-acara dan kegiatannya, pusat TWM berharap untuk memelihara sejarah sambil memberikan ruang untuk ekspresi masa kini. Taman Warisan Melayu kini ditadbirkan oleh Lembaga Warisan Negara dengan kerjasama Yayasan Warisan Melayu.

MHC Facade

1 September 2012, pembukaan semula Taman Warisan Melayu (TWM) - ucapan daripada Pengerusi Yayasan Warisan Melayu, Puan Zuraidah Abdullah. Sila klik di sini untuk melihat ucapannya.

Pengurusan

Harneis Hadir Pengurus Besar
Suhaili Osman Penolong Kurator 
Nasri Shah Penolong Kurator
Rizal Anwardeen Pengurus/Pengendalian & Estet
Pengurus/Bahagian Institusi-Institusi Warisan
Adam Abbas Pengurus/Estet
Jamal Mohamad Pengurus/Program
Nur'Ain Taha Penolong Pengurus/Program
Alvin Ng Pegawai Pameran
Nuraini Othman Pegawai Perkhidmatan Pengunjung

 

Untuk pertanyaan umum, sila hubungi kami di:

Emel: NHB_MHC@nhb.gov.sg
Telefon: +65 6391 0450


Last Modified: 07 Dec 2016